Arsenal lanjutkan kontrak Arteta
Kelab Bola Sepak Inggeris, Arsenal pada Khamis mengumumkan kontrak pengurusnya Mikel Arteta telah dilanjutkan, lapor Agensi Anadolu (AA).
Jurulatih berusia 42 tahun itu menandatangani kontrak baru selama tiga tahun dengan Gunners, menurut kenyataan kelab itu.
"Saya rasa sangat bangga, amat teruja dan menantikan apa yang akan datang. Saya bangga berada di tempat saya sekarang dan memiliki hubungan yang erat dengan semua di kelab," kata jurulatih kelahiran Sepanyol itu.
Arteta, bekas penolong pengurus kepada pengurus Manchester City, Pep Guardiola, mengambil alih jawatan pengurus di Arsenal pada 2019 dan membawa Gunners merangkul kemenangan Piala FA 2020.
Di bawah bimbingannya, Arsenal kembali sebagai pesaing utama Liga Perdana Inggeris.
-Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai