Azizulhasni tetap selamanya permata negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada jaguh berbasikal trek negara Datuk Azizulhasni Awang yang bertanding dalam acara keirin lelaki pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024 semalam.
"Kamu tetap dan selamanya permata negara, terima kasih," kata Perdana Menteri menerusi hantaran dimuat naik dalam ruangan Facebook Story yang berlatarbelakangkan gambar The Pocket Rocketman itu.
Azizulhasni yang menggalas impian negara untuk merangkul emas pertama pada temasya sukan itu tersingkir seawal saringan pertama acara keirin lelaki di Velodrom Saint-Quentin-en-Yvelines di Paris semalam.
Penyertaan pelumba berusia 36 tahun itu dibatalkan semasa saringan satu pusingan pertama selepas didapati memotong derny (basikal elektrik bertindak sebagai pacer) sebelum derny meninggalkan trek, sekali gus perlumbaan dimulakan semula tanpa penyertaan Azizulhasni.
Penyandang pingat perak itu sepatutnya bersaing dengan lima pelumba lain iaitu Matthew Glaetzer dari Australia, Rayan Helal (Perancis), Kaiya Ota (Jepun), Jeffrey Hoogland (Belanda) dan pelumba Suriname, Jair Tjon En Fa.
Saringan satu itu dimenangi Glaetzer sementara kedua menjadi milik Hoogland.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai