Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 bulan diterbitkan

Nurul Izzah terkandas acara keirin

Pelumba berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri terlepas peluang ke suku akhir acara keirin Sukan Olimpik Paris 2024 apabila menamatkan saingan di tempat ketiga pusingan repechage hari ini.

Dalam perlumbaan berlangsung di Saint-Quentin-en-Yvelines National Velodrome, pelumba berusia 20 tahun yang memulakan kayuhan di barisan  hadapan bagaimanapun dipintas pelumba Kanada Kelsey Mitchell dan Great Britain Katy Merchant, masing-masing menamatkan saingan di tempat pertama dan kedua.

Hanya dua pelumba layak ke suku akhir.

Terdahulu, pelumba kelahiran Kedah itu menamatkan saingan pusingan pertama di tempat keempat dalam saringan 5.

Pemenang pingat emas acara keirin Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2024 New Delhi, India itu berpeluang untuk merebut pingat apabila turun dalam acara pecut wanita pada Jumaat ini. 

-Bernama