Exco: Faisal Halim stabil, alami kelecuran tahap 2
Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor Mohd Najwan Halimi mengesahkan pemain Selangor FC dan kebangsaan Faisal Halim yang disimbah asid dalam satu insiden di sebuah pusat beli belah hari ini mengalami kelecuran tahap dua.
Dalam kenyataan, Najwan berkata penjaring gol tercantik Piala Asia itu yang kini dirawat di sebuah hospital dekat Shah Alam mengalami lecur pada beberapa bahagian tubuh iaitu pada sekitar leher, bahu, lengan dan dada.
Menurutnya, dia telah berhubung dengan pihak pengurusan Selangor FC dan dimaklumkan pemain sayap kebangsaan itu berada dalam keadaan stabil.
Najwan yang juga Adun Kota Anggerik turut mengecam keras tindakan tersebut dan mahu pihak polis menjalani siasatan dan membawa pelaku ke muka pengadilan.
“Didoakan agar saudara Faisal diberikan kekuatan dan semangat dalam menghadapi musibah ini serta dikurniakan kesembuhan segera,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan Mohd Faisal cedera disimbah cecair dipercayai asid ketika pemain bola sepak kebangsaan itu berada di sebuah pusat beli belah terkemuka di Kota Damansara, Petaling Jaya.
-Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai