Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 7 bulan diterbitkan

JDT teruskan rentak cemerlang di Sepanyol, tewaskan La Nucia 3-1

Johor Darul Ta'zim (JDT) meneruskan rentak cemerlang dengan menewaskan kelab CF La Nucía pada perlawan pra musim di Stadium Olimpik Camilo Cano, Sepanyol, hari ini.

Gergasi Liga Super itu menewaskan pasukan kelab Divisyen Empat Sepanyol itu petang tadi, sekaligus memberi amaran awal kepada pencabarnya musim ini.

CF La Nucía terlebih dulu membuka jaringan pada minit kelapan melalui Cristian Martinez.

JDT bagaimanapun bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-26 menerusi jaringan penyerangnya, Oscar Arribas.

Pasukan Harimau Selatan itu kemudian menjarakkan kedudukan pada minit ke-37 melalui jaringan Nicolao Dumitru.

Arribas sekali lagi mencetak gol keduanya apabila meledakkan jaringan kemenangan buat JDT pada minit ke-73.

Semalam, JDT menewaskan pasukan Divisyen Dua Sepanyol, Real Murcia CF 3-0 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Nueva Condomina.

Juara 10 kali Liga Super itu yang dalam rangka latihan pra musim di Sepanyol menurunkan beberapa pemain utama antaranya Arif Aiman, Syihan Hszmi, Matthew Davies selain turut menguji tonggak import baru mereka.