Semangat jersi baru, JDT belasah kelab Singapura 4-0
Juara Liga Super 2023, Johor Darul Ta'zim (JDT) mengambil tuah jersi baharu musim ini dengan mempamer aksi hebat membelasah kelab Singapura Lion City Sailors 4-0 malam tadi.
JDT meneruskan momentum kemenangan pada aksi persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim selepas menumpaskan lawan sama, Khamis lalu.
Harimau Selatan yang kembali dibarisi pemain utama berada di depan seawal minit ke-41 menerusi sepakan penalti Fernando Forestieri sebelum Juan Muniz menjaringkan gol kedua pada minit ke-45.
Bersambung babak kedua, JDT terus menekan lawan dari seberang tambak Johor itu dengan gol ketiga menerusi pemain import Brazil, Herberty Fernandes pada minit ke-52.
Juan Muniz meledak gol kedua peribadi dengan jaringan cantik pada minit ke-69, sekali gus melengkapkan kemenangan bergaya JDT yang beraksi serba hijau malam tadi.
Jersi hijau pucuk pisang itu ialah jersi ketiga JDT selain warna biru dan putih yang dipakai sebelum ini.
Misteri pemain bertopeng
Sementara itu, semalam, juara Piala AFC 2015 itu mencetus tanda tanya ketika pelancaran jersi baru penjaga gol apabila terdapat kelibat seorang pemain bertopeng di samping penjaga gol Syihan Hazmi Mohamed serta Farizal Marlias.
Ia lantas mencetus spekulasi mengenai identiti penjaga gol berkenaan yang mungkin import baru mereka.
Setakat ini tiada pengumuman rasmi mengenai perkara itu.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai