Bekas pemain golf profesional M Ramayah meninggal dunia
Bekas pemain golf profesional negara M Ramayah meninggal dunia pada usia 67 tahun di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM) di Cheras, pagi ini.
Kematian legenda golf negara itu disahkan Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed ketika dihubungi Bernama.
Menurut Noorul, mendiang yang pernah bermain dalam 13 edisi Piala Dunia, jatuh sakit sejak Disember tahun lepas sebelum disahkan menghidap kanser tulang belakang tahap empat.
“Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada 10.23 pagi tadi di hospital itu. Sebelum itu, mendiang dimasukkan ke HCTM dua hari lepas akibat sesak nafas. Mendiang meninggalkan sebuah legasi dalam sukan golf.
“YAKEB akan menghulurkan khairat kematian berjumlah RM3,000 selain akan menanggung bil-bil perubatan mendiang di hospital,” katanya.
Noorul berkata mendiang meninggalkan balu dan seorang anak perempuan.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menerusi hantaran di Facebook turut menzahirkan rasa sedih atas pemergian Ramayah.
“Malaysia telah kehilangan bintang cemerlang dalam golf. KBS (Kementerian Belia dan Sukan) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga dan orang tersayang Ramayah,” tulisnya.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai