Azizulhasni raih emas di Melbourne
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang memperagakan kayuhan cemerlang untuk meraih pingat emas acara pecut pada edisi ke-125 Austral Wheelrace di Melbourne, Australia, hari ini.
Pada perlumbaan di Pusat Sukan Antarabangsa Darebin, Azizulhasni, yang telah menjalani pembedahan jantung, April lalu, menewaskan pelumba Kelab Berbasikal Blackburn, Sam Gallagher, di final.
Terdahulu itu, Azizulhasni mencatatkan masa 9.766 saat pada pusingan kelayakan sebelum menyingkirkan pelumba New Zealand, Sam Dakin, dalam saingan separuh akhir.
Dalam catatan Instagramnya, katanya, beliau tidak menjangkakan persembahan yang baik dalam acara tersebut.
“Saya sangat terkejut kerana melakukan masa yang baik pada pusingan kelayakan.
"Saya berasa baik pada pusingan akhir, hanya melakukan kayuhan biasa sahaja dan menang dengan selesa,” katanya .
Pelumba bergelar ‘The Pocket Rocketman’ masih mempunyai peluang menambah kilauan emas apabila bakal bersaing dalam acara kegemarannya, keirin, perlumbaan 1 kelas UCI.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai