TMJ umum berundur dari JDT
Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan pengundurannya daripada kelab bola sepak Johor Darul Takzim (JDT).
"Disebabkan tanggungjawab dan komitmen saya yang lain, saya telah mengambil keputusan untuk berundur dan menyerahkan urusan harian kelab bola sepak JDT kepada pengurusan tertinggi kelab.
"Saya doakan yang terbaik untuk kelab dan semua," katanya dalam hantaran di Facebook Johor Southern Tigers, hari ini.
Penglibatan Tunku Ismail menyaksikan pembangunan cemerlang skuad Harimau Selatan itu dalam kancah bola sepak negara dan serantau.
Malah sehingga kini JDT menjadi pelopor di peringkat tempatan - dengan kejuaraan dalam Liga Super dan Piala Malaysia - selain menang Piala AFC pada 2015 dan layak ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara Asia (ACL) pada musim ini.
Selain itu dia juga pernah memimpin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai presiden pada 2017 hingga 2018.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai