Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Irfan menang lagi, kali kelima berturut-turut

Muhammad Irfan Shamsuddin memenangi pingat emas buat kali kelima berturut-turut dalam acara lempar cakera Sukan SEA, di Hanoi hari ini.

Atlet berusia 26 tahun yang bertubuh tinggi dan sasa itu mencatat lemparan terbaiknya pada jarak  58.26 meter (m) dalam percubaan kedua di Stadium Nasional My Dinh, di Hanoi.

Wakil Thailand Kiadpradid Srisai memperoleh perak dengan lemparan 51.18m dan atlet Filipina William Morrison yang mencatat lemparan 50.44m membawa pulang gangsa.

Muhammad Irfan yang merupakan pemegang rekod kebangsaan dengan lemparan 62.55m di Austria pada 2017, memperoleh emas Sukan SEA pertamanya semasa edisi Myanmar 2013.

Pemenang pingat perak Kejohanan Asia 2017, kemudian mempertahankan emas pada edisi 2015 di Singapura, Kuala Lumpur 2017 dan Filipina 2019.

Biarpun penguasaan Muhammad Irfan selama hampir sedekad dalam Sukan SEA dan mempunyai rekod peribadi lebih baik, rekod kejohanan 59.50m yang dipegang mantan Raja Lempar Cakera Singapura Wong Tuck Yim pada edisi Brunei 1999 masih belum dapat dihampirinya.   

- Bernama