Renangan batal, skuad negara hilang pingat perak
Pasukan renang Malaysia hilang sebutir pingat perak bagi acara 4X100 meter (m) gaya bebas lelaki, selepas pasukan itu bersama pasukan Singapura, dibatalkan penyertaan akibat pelepasan palsu di Pusat Akuatik Palace di Hanoi, malam tadi.
Berdasarkan kepada keputusan awal ditunjukkan pada papan mata, Singapura yang dianggotai bekas juara Olimpik Joseph Schooling, Mikkel Lee, Quah Zheng Wen dan Jonathan Tan menamatkan perlumbaan terlebih dahulu dengan catatan masa 3 minit 17.19 saat.
Malaysia yang dibarisi Welson Sim, Lim Yin Chuen, Khiew Hoe Yean dan Arvin Shaun Singh Chahal, pula ditempat kedua dengan 3:20.13s, iaitu catatan lebih baik daripada rekod kebangsaan 3:21.06s yang dicatatkan di Sukan Asia 2018, diikuti Vietnam (3:21.81s).
Dengan pembatalan Singapura dan Malaysia menyaksikan Vietnam diberikan pingat emas, manakala Indonesia (3:24.090s) perak dan Thailand (3:24.280s) menang gangsa.
Jurulatih kebangsaan Chris Martin berkata pemeriksaan beliau terhadap sistem masa Omega, salah seorang daripada perenang terjun ke kolam 0.12 saat lebih awal.
“Kami amat kecewa kerana ia satu renangan yang bagus, satu rekod kebangsaan baharu, tetapi inilah yang terjadi, kami terlebih semangat. Telah beritahu mereka, kehilangan pingat ini seharusnya menjadikan mereka lebih semangat dalam acara individu dan tunjukkan keupayaan kita,” katanya kepada media.
-Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai