Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

TMJ: Awak ingat saya tiada duit ke?

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengkritik sebuah laman bola sepak yang mendakwa bahawa kelabnya kaya kerana mengaut projek di Johor.

Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) bertitah, kelabnya tidak ada keperluan untuk mengaut projek-projek kerajaan untuk mengendalikan JDT.

"Awak ingat saya tiada duit ke?"

"Ini adalah kelab bola sepak paling berjaya dalam negara sejak sembilan tahun kebelakangan ini dari segi nilai komersial, pendapatan, dari penjaja tempatan dan antarabangsa meraih kejuaraan dan pembangunan bola sepak," titahnya dalam Instagram Story.

Baginda menulis, keluarga diraja Johor berniaga semenjak tahun 1897.

“Ia bukan suatu perkara yang aneh yang perlu disembunyikan kepada rakyat.

"Keluarga diraja Johor bukan baru-baru ini menjadi kaya mengangkut duit kerajaan atau duit rakyat. Bukan kaut hasil untung negara dan membawa lari keluar dari negara," titahnya.

Sejak diambil oleh TMJ pada tahun 2013, JDT yang lebih dikenali sebagai Southern Tiger telah memenangi 18 piala. JDT juga menjadi salah sebuah kelab terkuat di Asia Tenggara.