PM Ismail Sabri sertai acara bersukan sempena HSN
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini turut bersukan sempena Hari Sukan Negara (HSN) 2021 dengan menyertai beberapa acara yang diadakan di perkarangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Putrajaya.
Antara aktiviti sukan yang disertai perdana menteri ialah senamrobik, bola jaring, bola keranjang selain meninjau aktiviti sukan permotoran.
Ismail Sabri turut mendapat tepukan gemuruh daripada penonton apabila berjaya menyempurnakan jaringan ketika mencuba aktiviti sukan bola jaring.
Terdahulu ketika berucap melancarkan HSN 2021 itu, Ismail Sabri mengajak seluruh rakyat untuk menjadikan sukan dan riadah dalam norma baharu sebagai amalan harian Keluarga Malaysia yang sihat, aktif dan cergas.
“Sepanjang tempoh bersukan dan beriadah, teruslah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, demi nyawa dan kesihatan seluruh Keluarga Malaysia. Selamat bersukan dan selamat beriadah,” katanya.
Perdana Menteri turut menggariskan landasan untuk pembangunan sukan negara dengan mengerakkan rencana ke arah memperkasakan penglibatan wanita, mencungkil bakat baharu dan menjadikan sukan sebagai sumber baharu pertumbuhan ekonomi.
Beliau melancarkan Pelan Tindakan Wanita Dalam Sukan; Program Talent Identification and Development (MyTID) dan usaha penggubalan Pelan Tindakan Industri Sukan Negara.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai