Ziyad terlepas emas: Malaysia gagal pada rayuan pertama
Malaysia menerima berita buruk apabila World Para Athletics (WPA) menolak rayuannya terhadap penyertaan dalam acara lontar peluru F20 (kecacatan intelektual) pada Sukan Paralimpik Tokyo, malam tadi.
Menurut Timbalan Menteri Belia dan Sukan Ti Lian Ker, Malaysia akan mengemukakan rayuan seterusnya kepada WPA dan Majlis Paralimpik Antarabangsa untuk mengiktiraf penyertaan atlet kebangsaan Muhammad Ziyad Zolkefli dan mencatat keputusan lontarannya.
“Namun demikian, bantahan ini hanya boleh dilakukan selepas temasya Tokyo Paralimpik 2020 berakhir. Sementara itu, kita terpaksa menerima keputusan acara tersebut seperti yang diputuskan,” katanya.
Dalam aksi semalam, Ziyad dan peserta dari dari Australia dan Ecuador dilabelkan sebagai tidak bermula (DNS) kerana kegagalan melaporkan diri ke bilik menunggu pada waktu yang ditetapkan.
Menurut Ti, kelewatan ketiga-tiga peserta berkenaan adalah akibat hujan dan jumlah pejalan kaki yang ramai sehingga menyebabkan mereka gagal melaporkan diri ke bilik menunggu. Ini menyaksikan Ukraine untuk membuat bantahan terhadap penyertaan mereka tersebut.
Walau bagaimanapun, Ziyad masih dibenarkan untuk membuat lontaran selepas membuat “bantahan” berjaya memecahkan rekod dunia dengan lontaran sejauh 17.94m.
Namun, dengan keputusan Ziyad secara rasmi tidak tercatat, Ukraine terus meraih pingat emas dan perak untuk acara tersebut.
WPA dalam satu kenyataan menyatakan bahawa mereka juga menolak rayuan yang dibuat oleh atlet dari Australia dan Ecuador.
Menurut badan itu, keputusan adalah berdasarkan Peraturan 5.5 Atlet Para Dunia yang menyatakan kegagalan melaporkan diri ke bilik menunggu pada waktu yang ditetapkan akan menjadikan keputusan atlet terbabit sebagai DNS (did not start).
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai