'Terima kasih Datuk Lee Chong Wei'
Pengurusan Masjid Al-Hidayah Kampung Sungai Penchala (MAHSP), Kuala Lumpur mengucapkan terima kasih kepada bekas jaguh perseorangan badminton lelaki negara, Lee Chong Wei.
Ucapan penghargaan itu dimuat naik di akaun Facebook rasmi masjid tersebut sekali gus membuktikan perbezaan agama bukan halangan untuk jaguh sukan negara itu masuk ke masjid dan menyerahkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
"Terima kasih Datuk Lee Chong Wei atas sumbangan wang tunai dan kelengkapan Masjid Al-Hidayah Kampung Sungai Penchala di kala suasana PKP (perintah kawalan pergerakan) ini.
"Terima kasih juga kepada Ustaz Khairul Anam, Pentadbiran Masjid Saidina Umar Al-Khattab dan warga kariah Bukit Damansara menjadi penghubung kepada MAHSP.
"Semoga kebaikan yang sebenar-benarnya kebaikan milik kita bersama selama-lamanya. Amin," tulis status di Facebook MAHSP.
Perkongsian yang dimuat naik masjid itu yang turut disertakan tiga gambar Chong Wei menghulurkan sumbangan kepada wakil masjid.
Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai