Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Olimpik Tokyo mungkin ditangguhkan, kata PM Jepun

Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe berkata Sukan Olimpik Tokyo mungkin ditangguhkan ekoran penularan wabak COVID-19, lapor agensi berita Xinhua.

Beliau berkata demikian di Parlimen pada Isnin.

Namun, menurutnya sukan itu tidak mungkin dibatalkan, berdasarkan pandangan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), yang menyatakan menerusi satu kenyataan pada Ahad.

Keputusan mengenainya akan diumumkan dalam tempoh empat minggu lagi.

- Bernama