Anggota Malbatt dikhuatiri cedera terkena serpihan letupan di Lubnan
Pasukan Batalion Malaysia (Malbatt) 850-12 yang baru tiba bagi menyambung misi pengaman di Lubnan terkena serpihan letupan di sekitar kawasan lapangan terbang negara itu pada kira-kira pukul 2 petang waktu tempatan.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan bahawa satu kenyataan media daripada Markas Angkatan Tentera Bersama akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Difahamkan insiden tersebut berlaku ketika anggota kumpulan pertama Malbatt 850-12 dalam perjalanan ke kem tugasan sebelum berlaku letupan yang mengakibatkan beberapa anggota mengalami kecederaan.
Semalam, penghantaran pertama pasukan MALBATT 850-12, melibatkan 220 pegawai dan anggota lain-lain pangkat dilakukan bagi meneruskan misi pengaman di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Penugasan dan penghantaran pasukan Malbatt 850-12 diatur gerak secara berperingkat ke Lubnan, bermula semalam hingga 18 Nov ini.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai