Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah sebulan diterbitkan

Sangat gembira sambut Anwar, kawan lama - Prof Yunus

Ketua Penasihat Kerajaan Sementara Bangladesh Profesor Muhammad Yunus mengadakan pertemuan singkat dengan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim di Lapangan Terbang Hazrat Shahjalal pada Jumaat, lapor United News of Bangladesh (UNB).

Prof Yunus berkata beliau "sangat gembira" menyambut rakan lamanya di Dhaka.

Yunus turut bercakap ringkas mengenai revolusi yang dipimpin pelajar, pengorbanan yang dilakukan oleh pelajar dan rakyat, serta pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu.

Ketua Penasihat itu juga berkongsi mengenai hubungan jangka panjang beliau dengan universiti-universiti Malaysia dan pemimpin-pemimpinnya.

Mereka menaiki kereta yang sama untuk menuju ke lokasi mesyuarat dua hala - sebagai tanda keakraban persahabatan mereka.

Perdana Menteri Malaysia tiba di Dhaka kira-kira pukul 2.00 petang pada Jumaat untuk lawatan singkat.

- Bernama-UNB