Sim terajui DAP Pulau Pinang, Ramkarpal dapat undi tertinggi
Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim dipilih sebagai pengerusi baru DAP Pulau Pinang.
Ahli Parlimen Tanjong, Lim Hui Ying pula kekal sebagai setiausaha DAP Pulau Pinang.
Keputusan itu dibuat oleh jawatankuasa DAP Pulau Pinang yang baru dipilih, selaras dengan formula yang dicadangkan oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.
Jawatankuasa yang terdiri daripada 15 anggota itu juga memilih Ramkarpal Singh sebagai timbalan pengerusi DAP Pulau Pinang, manakala Zairil Khir Johari dan orang kuat Chow Kon Yeow, Yeoh Soon Hin sebagai naib pengerusi.
Dalam persaingan untuk membentuk jawatankuasa DAP Pulau Pinang, Ramkarpal memperoleh undi tertinggi iaitu sebanyak 1,247 undi, diikuti oleh Sim dengan 1,237 undi.
Hui Ying menduduki tempat ke-12 dengan menerima 827 undi.
Selain Yeoh, pemimpin yang sehaluan dengan Chow - Soon Lip Chee, dan Teh Lai Heng - turut terpilih.
Turut terpilih dalam jawatankuasa 15 anggota itu ialah exco Pulau Pinang, Daniel Gooi, H’ng Mooi Lye, dan Lim Siew Khim, serta Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer.
Mereka yang tewas dalam pemilihan itu ialah Exco Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo dan Wong Hon Wai, Adun Batu Lanchang, Ong Ah Teong, Heng Lee Lee (Berapit) dan K Kumaran (Bagan Dalam), serta bekas ketua wanita DAP, Chong Eng.
Jawatankuasa itu kemudiannya melantik Ooi Yong Woi, Teh Chuann Yien, S Sundrajaoo, dan Foo Yu Keong sebagai ahli jawatankuasa.
Sundarajoo pada asalnya disenaraikan dalam kalangan calon jawatankuasa DAP negeri tetapi kemudian mengumumkan dia tidak bertanding.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai