PM: Umat Islam wajar terus jadikan Rasulullah suri teladan
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata umat Islam wajar terus menjadikan Nabi Muhammad SAW yang merupakan murabbi terunggul dan teragung umat sebagai ‘Uswatun Hasanah’ atau teladan yang baik, ketika dunia kini dibadai kemarau contoh dan suri teladan.
Perdana menteri berkata Rasulullah wajib diberi sorotan penuh perhatian, bukan sahaja dari segi keperibadian baginda, tetapi mencakupi sisi kepimpinan negara, masyarakat dan keluarga khususnya dalam konteks model negara bangsa Madinah.
“Cita-cita negara yang Madani tidak lepas dari mengambil ibrah (pengajaran) dan model Piagam Madinah yang dipelopori baginda, berasaskan formula kepelbagaian dalam bingkai kesatuan bertiangkan keadilan dan ihsan,” katanya dalam catatan di Facebook sempena Maulidur Rasul hari ini.
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2024/1446H yang bertemakan ‘Al-Falah Pemacu Malaysia Madani’ diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke sambutan tersebut, yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri dan kira-kira 6,000 tetamu.
-Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai