Rokok jelas haram, nak letak bahagian mana terpulang - mufti
Mufti Kelantan Mohamad Shukri Mohamad tidak melihat terdapat sebarang masalah untuk meletakkan rokok di mana-mana bahagian jualan kerana fatwa berkaitan perkara itu sudah jelas.
Dia berkata demikian ketika ditanya Malaysiakini berkaitan cadangan meletakkan rokok di bahagian tidak halal, bersama arak dan babi.
"Fatwa telah keluarkan merokok itu haram, tapi dari segi pengurusan pentadbiran itu kita terserah kepada pihak pengurusan dan pentadbiran untuk melaksanakan (pengharaman rokok).
"Nak letak bahagian mana (penjualan) rokok terpulanglah," katanya.
Pada 6 Sep lalu, Menteri agama Mohd Na'im Mokhtar berkata akan berbincang dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Armizan Mohd Ali berkaitan cadangan meletakkan rokok di bahagian tidak halal.
Dia berkata demikian ketika ditanya pemberita memandangkan rokok sudah lama difatwakan haram.
Sementara itu, Mohamad Shukri percaya tabiat merokok dapat dikekang lebih baik juga ia melibatkan pelaksanaan pihak pengurusan dan pentadbiran kerajaan, berbanding pengeluaran fatwa semata-mata.
"Majlis fatwa hanya mengeluarkan fatwa rokok haram, (tapi) bukan bahagian fatwa yang ambil tindakan.
“Jadi nak letak kategori mana (penjualan rokok) terserah kepada pihak pentadbiran," katanya lagi.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai