Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 11 hari diterbitkan

Biasa dalam lokap - PM nak sertai lawatan Suhakam

Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini menggesa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) untuk mengambil tindakan berhubung isu kematian dalam lokap polis.

Katanya, segala usaha untuk melindungi hak tahanan di dalam lokap polis mesti disokong.

"Itulah sebabnya kita memerlukan prosedur dan perlindungan yang betul dan ini memerlukan kajian serta sokongan penuh daripada Suhakam untuk mengambil tindakan semula.

"Saya rasa yang terbaik berbincang dengan polis, yang sebahagiannya telah kita lakukan, dan melawat lokap.

"Saya boleh sertai anda kerana saya agak biasa dengan kawasan ini," katanya ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun ke-25 Suhakam di KL Sentral petang ini.

Pada Julai, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail memberitahu Dewan Rakyat bahawa semua kematian yang direkodkan di penjara, lokap polis dan depot Jabatan Imigresen sejak tahun 2022 berkaitan dengan masalah kesihatan.

Namun begitu, NGO Malaysians against Death Penalty and Torture (Madpet) menyoal kenyataan Saifuddin.

Jurucakapnya Charles Hector menggesa Putrajaya untuk meratifikasi Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Menentang Penyeksaan (UNCAT) - yang ditolak Saifuddin di parlimen.

Dalam ucapannya, Anwar berkata prosedur dan perlindungan yang betul diperlukan untuk menangani isu kematian dalam lokap polis.

Menurutnya kerajaan telah membuat langkah ke arah yang betul, seperti menggubal Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846).

Walaupun akta itu sukar dan kontroversial, dia mengakui ia tetap dilaksanakan.

"Tetapi kebijaksanaannya ialah semua parti politik dalam kerajaan itu diarah - bukan hanya jemaah menteri. Jemaah Menteri melalui kerajaan, lebih politik - untuk menyampaikan pandangannya dan supaya ada kecelikan, kefahaman tentang hak asasi yang tidak melanggar prinsip agama atau budaya mereka," katanya.

[Baca berita asal]