Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 14 hari diterbitkan

Kabinet tak bincang gesaan tubuh s'jaya siasat kes pengiring TMJ

Kabinet tidak membincangkan gesaan untuk menubuhkan suruhanjaya siasatan terhadap dakwaan serangan polis pengiring Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail terhadap seorang pemandu pekak.

Malah, jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil berkata dia juga tidak mendapat sebarang maklumat untuk ia dibawa ke kabinet kelak.

“Kabinet tidak bincangkan perkara ini. 

“Saya juga belum mendapat apa-apa maklumat,” katanya kepada pemberita di Persidangan Perundangan Antarabangsa Berkenaan Ancaman Dalam Talian 2024 di Kuala Lumpur, hari ini.

Semalam, kumpulan peguam dan NGO menggesa kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan terhadap dakwaan serangan polis pengiring itu di Kuala Lumpur empat bulan lepas.

Gesaan itu dibuat oleh kumpulan peguam Lawyers for Liberty (LFL) dan 35 lagi NGO.

Pengarah LFL Zaid Malek berkata walaupun kertas siasatan sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara, suspek masih belum diheret ke mahkamah.