Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 bulan diterbitkan

Putin: Perdagangan Rusia-Malaysia ada peluang luas untuk berkembang

Perdagangan antara Rusia dan Malaysia hampir mencecah AS$3.5 bilion (AS$1= RM4.3505) dan mempunyai peluang luas untuk mengembangkannya, kata Presiden Rusia Vladimir Putin.

Menurut Kremlin.ru, Putin dilaporkan berkata Rusia dijangka mencari titik hubungan baru dengan Asean apabila Malaysia menjadi pengerusi Asean pada 2025.

“Kami telah memberi tumpuan untuk membangunkan hubungan kami dengan Asean dan semua tahu bahawa Malaysia memainkan peranan utama dalam pertubuhan ini.

“Tahun depan, Malaysia akan mempengerusikan pertubuhan ini dan saya jangka semasa kepengerusian anda, kami akan menemui titik hubungan baru dengan rantau dunia yang semakin berkembang,” menurut Kremlin.ru memetik kenyataan presiden itu pada Rabu (4 September).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan Putin di Vladivostok, Rusia pada Rabu.

Pertemuan dua hala itu adalah bersempena dengan lawatan kerja dua hari Anwar di sini dan Perdana Menteri dijadualkan menyampaikan ucapan pada sesi pleno Forum Ekonomi Timur (EEF) kesembilan lewat hari ini.

-Bernama