Amaran ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa negeri hingga 4 petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran itu meliputi Hulu Selangor, Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Rembau dan Tampin), Melaka serta Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut dijangka melanda negeri-negeri di utara Semenanjung iaitu Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Sik dan Baling) serta Perak (Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Batang Padang dan Muallim).
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang itu juga dijangka berlaku di negeri-negeri Pantai Timur iaitu Kelantan (Jeli), Terengganu (Besut dan Hulu Terengganu) serta Pahang (Raub dan Bentong).
Amaran sama turut dikeluarkan di beberapa kawasan di Sarawak melibatkan Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau) serta Mukah.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai