Artikel ini sudah 3 bulan diterbitkan
Pesawat terhempas di Brazil, 61 maut
GLOBAL | Seramai 61 penumpang dan anak kapal maut selepas sebuah pesawat penumpang terhempas di Sao Paulo, Brazil pada Jumaat, lapor Xinhua.
Syarikat penerbangan Voepass dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pesawat yang terhempas di kejiranan Capela de Vinhedo itu membawa 57 penumpang dan empat kru.
Pesawat itu dilaporkan dalam perjalanan dari bandar Cascavel, Parana menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Guarulhos di Sao Paulo.
Sementara itu, Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva menyatakan "solidariti kepada keluarga dan rakan-rakan mangsa yang terkorban" di platform sosial X.
- Bernama-Xinhua
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai