Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 bulan diterbitkan

Remaja 14 tahun menyamar sebagai kakitangan Hospital Serdang

Polis dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyiasat dakwaan seorang remaja 14 tahun tahun yang didakwa menyamar sebagai kakitangan Hospital Serdang, Kajang.

Dia dilapor telah ‘bertugas’ di hospital awam itu selama seminggu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan berdasarkan laporan polis yang dibuat di Balai Dato Abu Bakar Baginda, Kajang.

Setakat laporan ini ditulis, tidak banyak maklumat berkaitan kes itu tersedia.

Sementara itu, seorang pegawai kanan KKM memberitahu Malaysiakini mereka tidak akan mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan perkara itu sekarang kerana siasatan masih berjalan.

"Dan KKM tidak mahu mengganggu proses yang masih berjalan," kata pegawai itu yang enggan namanya didedahkan.