Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 bulan diterbitkan

Padam hantaran PM: Meta mohon maaf atas 'kesilapan operasi'

Meta, syarikat pemilik Facebook memohon maaf atas penyingkiran siaran media sosial oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengenai pemimpin Hamas Allahyarham Ismail Haniyeh.

Ini selepas Pejabat Perdana Menteri menyampaikan bantahan terhadap wakil Meta semasa mesyuarat semalam.

"Kami memohon maaf atas kesilapan operasi mengenai kandungan daripada halaman Facebook dan Instagram perdana menteri telah dialih keluar dan kandungan itu telah dipulihkan dengan label yang betul," kata jurucakap Meta kepada Reuters.

Permohonan maaf itu salah satu daripada beberapa tuntutan PMO semasa bermesyuarat dengan wakil Meta semalam.

Bagaimanapun, tuntutan lain PMO kepada Meta masih belum jelas lagi.