Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 bulan diterbitkan

Mat Sabu saran Anwar buat tatacara baru dunia lawan Israel

Presiden Amanah Mohamad Sabu menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya menggunakan pengaruh globalnya dan menganjurkan tatacara baharu dunia bagi menentang Israel.

Bercakap pada Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil di Kuala Lumpur, malam tadi, dia berkata dunia tidak mungkin mengharapkan kuasa besar Barat seperti Amerika Syarikat dan Untited Kingdom untuk menangani kekejaman yang dilakukan oleh rejim Israel.

“Wahai PM yang kukasihi, namamu begitu harum di seluruh dunia. Kamu berupaya membuat satu tatacara baru di dunia ini.

“Rapatlah dengan negara-negara Islam yang iktiraf Israel, tapi ajak mereka putus hubungan dengan Israel,” kata Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu di hadapan kira-kira 10,000 orang yang berkumpul malam tadi.

Tambahnya, Anwar harus membantu negara-negara yang telah memusuhi Israel dan mereka yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan rejim itu supaya mereka boleh menjadi lebih kuat.

Mohamad juga memberitahu Anwar supaya tidak bimbang dalam mengetuai perjuangan menentang Israel kerana perjuangan itu kini mendapat sokongan seluruh dunia, termasuk daripada orang Eropah.

“Rayuan kami perdana menteri dengar, kamu berupaya.

“Saya dah lihat dalam masa hampir dua tahun ini (kamu) berupaya untuk bertemu semua pimpinan Islam dan bukan Islam untuk mewujudkan tatacara dunia baru

“Dan kita yakin, insya- Allah, saufa, dekat insya-Allah, kita akan balik bersembahyang di Masjid al-Aqsa secara bebas, tahrir dan merdeka.

“Amiin ya rabbal alamin,” katanya

“Dan saya yakin, Insha-Allah, tidak lama lagi kita boleh masuk ke Masjid Al-Aqsa untuk solat di sana dengan bebas,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Mohamad memberitahu hadirin bahawa dunia tidak boleh bergantung kepada AS dan UK kerana mereka adalah pihak yang bertanggungjawab menubuhkan Israel.

Pemimpin tertinggi AS juga berada di bawah pengaruh berat pelobi pro-Israel, tambahnya.