Turkiye sekat akses Instagram
GLOBAL | Pihak Berkuasa Teknologi Maklumat dan Komunikasi Turkiye (TKM) pada Jumaat menyekat akses ke Instagram, lapor Agensi Anadolu (AA).
Tiada alasan diberikan untuk tindakan itu, namun ia berlaku selepas Pengarah Komunikasi negara itu, Fahrettin Altun mengkritik platform media sosial berkenaan dengan mengatakan ia "secara aktif menghalang orang ramai daripada memuat naik mesej takziah atas pemergian pemimpin Hamas, [Ismail] Haniyeh tanpa menyatakan sebarang dasar pelanggaran."
"Ini adalah penapisan yang jelas dan mudah," katanya dalam satu hantaran di X pada Rabu selepas pembunuhan Haniyeh di Tehran.
"Kami akan mempertahankan kebebasan bersuara terhadap platform ini yang telah berkali-kali menunjukkan bahawa mereka terutamanya berkhidmat untuk sistem eksploitasi dan ketidakadilan global," tambahnya.
Haniyeh dibunuh pada Rabu di ibu negara Iran, Tehran.
- Bernama-Anadolu
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai