Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 bulan diterbitkan

Bajau Laut Sabah hidup dalam ketakutan selepas pengusiran

Lebih 3,000 keluarga, kebanyakan mereka Bajau Laut di Lahad Datu, hidup dalam ketakutan susulan perobohan rumah mereka, yang dilabelkan sebagai "koloni setinggan" di seluruh Sabah, sejak dua bulan lalu.

Bimbang dengan operasi kerajaan negeri yang setakat ini telah merobohkan lebih 1,300 setinggan, ramai di antara mereka bersedia berpindah tetapi tidak mempunyai tempat atau rumah.

“Rata-rata kami di kampung, semua bersedia untuk pindah pada bila-bila masa,” kata Ida (bukan nama sebenar), seorang ibu dengan empat anak Bajau Laut tanpa kerakyatan kepada Malaysiakini.

Wanita itu bercakap kepada Malaysiakini melalui seorang penterjemah dan dengan jaminan namanya tidak disiarkan, bimbang menjadi sasaran kerajaan.

Setelah beberapa dekad menghuni di rumah bot, dia akhirnya berpisah dengan botnya lima tahun lalu selepas ia tidak dapat diperbaiki.

[Baca berita penuh]