Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 bulan diterbitkan

‘Tiada surat nyatakan Guan Eng batalkan pengecualian cukai Albukhary’

Seorang pegawai Kementerian Kewangan memberi keterangan di mahkamah bahawa tidak ada surat yang menunjukkan menteri sebelum ini, Lim Guan Eng membatalkan status pengecualian cukai Yayasan Albukhary.

Hazlan Abdul Aziz memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa dia tidak pernah menemui sebarang dokumentasi sedemikian sepanjang tempoh perkhidmatan Lim menerajui kementerian itu antara Mei 2018 dan Februari 2020.

Hari ini adalah prosiding penuh kes saman fitnah Lim terhadap bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin, berhubung dakwaan dia membatalkan status pengecualian cukai yayasan itu.

Pengecualian cukai itu yang diberikan antara 2016 dan 2018, dikatakan menjejaskan 27 syarikat di bawah yayasan tersebut, yang ditubuhkan oleh jutawan Syed Mokhtar Albukhary untuk aktiviti amal.

Hazlan menjawab soalan balas oleh peguam Lim, Guok Ngek Seong semasa prosiding mahkamah terbuka yang dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain.

Guok: kamu setuju bahawa berdasarkan fail di Kementerian Kewangan, kamu tidak melihat atau menemui sebarang surat yang membatalkan status pengecualian cukai Yayasan Albukhary yang dikeluarkan oleh menteri kewangan ketika itu, Lim Guan Eng antara 2018 dan Mac 2020?

Hazlan: Tak ada

Saksi yang disapina oleh Muhyiddin itu, menambah dia juga tidak pernah menemui sebarang surat oleh Lim yang tidak mengakui status pengecualian cukai yayasan itu.

Pada akhir prosiding hari ini, Roz Mawar menetapkan 12 Sept untuk penghujahan lisan.

Pada 27 Mac tahun lepas, Lim memfailkan writ saman terhadap Muhyiddin atas dakwaan memfitnah.

[Baca berita penuh]