Artikel ini sudah 4 bulan diterbitkan
‘6,000 saja miskin tegar di Sabah? Ini penghinaan buat orang miskin’
Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mengundang Menteri Ekonomi Rafizi Ramli turun padang ke kawasan parlimen bagi melihat “kemiskinan sebenar”.
Kinabatangan, katanya, salah satu daripada dua kawasan termiskin di negeri itu selain Tongod.
“Jalan raya tidak ada. Elektrik tidak ada. Air tidak ada.
“Jadi saya tidak tahu di Sabah cuma 6,000 (miskin tegar). Saya rasa itu penghinaan kepada orang-orang miskin di Sabah,” katanya.
Rafizi semasa sesi soal jawab di parlimen berkata terdapat 6,937 miskin tegar di Sabah, berdasarkan tinjauan pada 2022.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai