Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 bulan diterbitkan

Logo PN dikaburkan untuk fokus orang bercakap, kata Mohd Amar

PAS menafikan parti itu menghadapi sebarang masalah dengan salah satu parti komponen PN - Bersatu - ekoran tersebarnya beberapa keping gambar 'kabur' di Sungai Bakap baru-baru ini.

Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah bahkan dengan tegas menolak tanggapan tersebut.

Dipetik portal berita FMT, bekas timbalan menteri besar Kelantan terbabit menganggap dakwaan PAS dan Bersatu mengalami masalah ketika ini sebagai "mengarut."

Enggan memberi komen panjang lebar, Mohd Amar berkata: “Tak ada komen. Mengarut. Tak ada masalah.”

Desas-desus kedua-dua parti terbabit sedang berdepan isu tertentu muncul apabila beberapa keping gambar menunjukkan Mohd Amar berkempen di Sungai Bakap menarik perhatian ramai.

Ia berlaku kerana imej PN pada bendera yang melatari majlis berkenaan dikaburkan.

Ia turut menangkap perhatian felo Majlis Profesor Negara, Azmi Hassan, yang mentafsir ia sebagai satu petanda PAS dan Bersatu mengalami masalah dalam PN.

Hubungan kedua-dua parti berkenaan dipercayai semakin keruh selepas Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu kurang daripada dua bulan lalu yang menyaksikan Bersatu gagal merampas kerusi DUN tersebut daripada PH.

“Apa masalah kalau kita kaburkan gambar? Tak ada sebarang masalah...

"Kabur gambar itu biasa sebab kita (nak) fokus kepada orang yang bercakap. Jadi background (latar belakang) itu jadi kaburlah," katanya lagi.