Bapa, anak maut kemalangan berantai 4 kenderaan
Seorang bapa bersama anak lelakinya maut dalam kemalangan berantai melibatkan empat kenderaan di Jalan Taman Siniawan Bau, kira-kira 25 kilometer dari Kuching hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata pihaknya yang menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 2.54 petang mendapati mangsa, Atong Nebok, 64, dan anaknya Wilson Atong, 36, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Setibanya di lokasi, didapati benar berlaku kemalangan berantai melibatkan sebuah lori dan van serta dua buah kereta.
“Ketua pasukan bomba mengarahkan anggotanya untuk mengeluarkan dua mangsa yang tersepit di dalam sebuah kereta," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa kemalangan lain yang mengalami kecederaan telah dikejarkan ke Hospital Bau bagi mendapatkan rawatan.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai