Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 bulan diterbitkan

Pengasas bersama G25, Noor Farida Ariffin meninggal dunia

Bekas Duta Besar Malaysia ke Belanda Datuk Noor Farida Ariffin meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur, hari ini.

Noor Farida, seorang daripada pengasas bersama kumpulan bekas penjawat awam kanan G25, meninggal dunia pada usia 76 tahun.

Setiausaha G25 Jasmine Zulkifli, mengesahkan kematian Noor Farida.

“Saya dimaklumkan oleh keluarganya bahawa Noor Farida baru sahaja meninggal dunia.

“Keluarganya akan membawa jenazah Allahyarham ke Masjid Kampung Baru,” katanya dalam pesanan ringkas.

-Bernama