Azizi mohon perintah injuksi halang pilihan raya kecil Nenggiri
Mohd Azizi Abu Naim memohon perintah injunksi bagi menghalang pilihan raya kecil daripada diadakan di kerusi DUN Nenggiri, Kelantan.
Permohonannya untuk mencabar pemecatannya oleh partinya, Bersatu dijadualkan didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur esok.
Azizi memohon perintah untuk mengekalkan status quo antara parti, sementara menunggu pelupusan saman pemulanya bukan sahaja terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya dan Speaker DUN Kelantan Mohd Amar Abdullah, tetapi juga dua pemimpin tertinggi Bersatu - Presiden Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung Hamzah Zainuddin.
Azizi memohon perisytiharan mahkamah bahawa artikel 10.5 dibaca bersama 10.4 dan 10.6 perlembagaan parti politik itu melanggar hak perlembagaannya untuk kesaksamaan di sisi undang-undang dan kebebasan berpersatuan.
Dia berhujah bahawa pemecatannya daripada Bersatu adalah tidak sah, dan pengisytiharan speaker Kelantan bahawa kerusi Nenggiri kosong adalah terbatal dan juga tidak sah.
Bersatu pada 12 Jun lalu, memaklumkan kepada speaker negeri bahawa keahlian Azizi telah ditarik balik dan sekali gus kerusi Nenggiri adalah kosong.
Azizi, yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, adalah antara tujuh ahli parlimen Bersatu yang dilucutkan keahlian mereka kerana menyuarakan sokongan kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Selain Azizi, mereka yang lain turut dipecat itu adalah ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zulkafperi Hanapi (Tanjung Karang), Zahari Kechik (Jeli), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar).
Azizi bertanding di bawah tiket PAS mewakili gabungan Perikatan Nasional pada pilihan raya umum dan negeri lalu.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai