Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 bulan diterbitkan

Polis arah lima aktivis pro-Palestin bantu siasatan

Lima aktivis pro-Palestin diarahkan supaya hadir ke balai polis daerah Sentul hari ini untuk merakamkan kenyataan mereka berhubung demonstrasi di luar bangunan Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (Mitec) di Kuala Lumpur dua minggu lalu.

Peguam mereka, Rajesh Nagarajan mengesahkan bahawa lima anggota Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) dan "Gegar Amerika" telah dipanggil oleh polis berhubung perhimpunan di Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Keselamatan Negara (Natsec) Asia pada 7 hingga 9 Mei.

Rajesh menjelaskan bahawa polis baru sahaja selesai merakam kenyataan lima aktivis itu petang ini, dan siasatan sedang dijalankan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Pada perhimpunan di Mitec itu, mereka antaranya mengusung replika rakyat Palestin yang menjadi korban akibat serangan Israel terhadap Gaza.

Selain tujuh ‘mayat’ berlumuran darah itu, mereka juga membawa kain rentang bertulis “Stop the US-funded genocide” (hentikan penghapusan bangsa tajaan Amerika).

[Baca berita penuh]