Zafrul mohon kebenaran failkan afidavit betulkan fakta afidavit Zahid
Tengku Zafrul Abdul Aziz hari ini menulis surat kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memohon kebenaran untuk memfailkan afidavit yang dikaitkan dengan tindakan undang-undang tahanan rumah bekas perdana menteri Najib Razak.
Peguam Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri daripada firma guaman Cecil Abraham & Partners itu menghantar surat berkenaan kepada mahkamah hakim sivil Amarjeet Singh hari ini.
Minggu lalu, Tengku Zafrul mendakwa terdapat kesilapan fakta dalam afidavit Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi yang menyokong usaha Najib supaya baki hukuman penjara yang dijatuhkan digantikan dengan tahanan rumah.
Menurut surat itu, peguam Tengku Zafrul berkata bahawa mereka mempunyai arahan untuk memfailkan afidavit tersebut bagi menangani secara khusus perenggan 6 affidavit Zahid kerana 'ketidaktepatan fakta' yang dikatakan perlu diperbetulkan.
“Untuk rekod, kami selanjutnya diarahkan oleh anak guam kami untuk menyatakan bahawa anak guam kami tidak mengambil sebarang pendirian mengenai merit mengenai pertikaian antara pihak-pihak bertelagah.
"Anak guam kami hanya ingin memastikan bahawa fakta-fakta diletakkan dengan tepat di depan mahkamah yang mulia ini secara berkecuali," kata peguam itu.
Ketika dihubungi Malaysiakini, seorang anggota peguam Najib mengesahkan bahawa mereka telah diserahkan salinan surat berkenaan.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai