Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 6 bulan diterbitkan

Semua orang pun ada cabaran masing-masing - Mirzan 

Mirzan Mahathir percaya siasatan SPRM terhadapnya adalah peluang bagi membuktikan dirinya.

Menyifatkan perkara itu sebagai cabaran, anak bekas perdana menteri Mahathir Mohamad itu berkata seluruh rakyat Malaysia turut berdepan rintangan masing-masing.

“Saya OK. Saya cuma perlu bertindak dengan tenang,” katanya ketika ditanya berkaitan siasatan itu.

“Bukan saya saja tetapi di Malaysia semua orang berdepan cabaran masing-masing. Kehidupan pilih saya sebagai cabaran dan saya hanya perlu terima dan tanganinya.

“Saya sedang lakukan yang terbaik untuk melepasi cabaran ini,” katanya kepada Scoop dalam sebuah acara tenis di Kuala Lumpur.

Mirzan, yang juga presiden persatuan Lawn Tenis Malaysia, berkata dia tidak pernah berminat untuk menyertai politik.

Malah lelaki 65 tahun itu berkata dia tidak pernah menjadi anggota mana-mana parti politik.

“Saya hanya mahu terlibat dalam perniagaan…,” katanya.

Mirzan dan adiknya Mokhzani dipanggil SPRM awal tahun ini dan bentuk siasatan terhadapnya tidak jelas.

Mereka berdua diarahkan mengisytiharkan harta masing-masing.