Artikel ini sudah 7 bulan diterbitkan
Indonesia terus kecam serangan Israel
GLOBAL | Indonesia menyertai negara-negara lain di dunia mengecam serangan Israel ke atas orang awam Palestin di Gaza baru-baru ini yang menyaksikan lebih 100 orang yang sedang mendapatkan bantuan kemanusiaan kehilangan nyawa.
Kementerian Luar menegaskan bahawa tiada negara boleh mengatasi undang-undang dan menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) campur tangan.
Dalam kenyataan di akaun rasmi X pada Sabtu, kementerian itu mempersoalkan keengganan UNSC untuk bersetuju dengan resolusi gencatan senjata.
Dengan mengambil pendirian tegas untuk keadilan dan kemanusiaan, Indonesia juga menyeru semua negara supaya berhenti membekalkan senjata kepada Israel.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai