Artikel ini sudah 8 bulan diterbitkan
Seorang hilang, bot berlanggar di Pulau Hantu di S'pura
Seorang mangsa dilaporkan hilang selepas dua bot persiaran bertembung di Pulau Hantu di Singapura kira-kira pukul 1.30 tengah hari pada Sabtu.
Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata dalam kejadian itu, empat daripada lima penumpang yang terjatuh ke laut ditemukan selamat.
“MPA telah mengerahkan kapal peronda ke lokasi kejadian dan sedang menyelaras usaha pencarian dengan bantuan Polis Pengawal Pantai dan Angkatan Pertahanan Awam Singapura,” katanya dalam satu kenyataan.
MPA juga mengeluarkan siaran navigasi kepada kapal-kapal di sekitar kawasan itu untuk memantau sekiranya terdapat mangsa ditemukan.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai