Kenyataan Hadi: PN S'gor didesak nyata pendirian
Majlis Pimpinan Majlis Pimpinan (MPN) PKR Selangor mendesak Perikatan Nasional (PN) negeri menyatakan pendirian berhubung rasa amat dukacita yang dizahirkan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah terhadap kenyataan yang dibuat Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi tulisan beliau pada 20 Februari lepas.
Timbalan Pengerusinya Borhan Aman Shah dalam kenyataan hari ini berkata tindakan membisu pimpinan PN Selangor yang diketuai Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menunjukkan seolah-olah mereka sanggup membelakangi titah Sultan Sharafuddin semata-mata untuk menjaga hati pemimpin dan penyokong PAS.
Kenyataan itu merujuk kepada surat daripada pejabat Sultan Selangor pada 27 Feb lepas yang dihantar kepada Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Ab Halim Tamuri berhubung kenyataan Abdul Hadi itu.
Borhan (gambar bawah) yang juga Exco Perumahan dan Kebudayaan negeri berkata surat itu jelas menyatakan dukacita Sultan Selangor terhadap kenyataan Abdul Hadi yang menyinggung tanpa memahami secara menyeluruh titah ucapan Baginda.
Semalam, dalam hantaran yang dimuat naik menerusi Facebook Selangor Royal Office, Sultan Sharafuddin menzahirkan rasa sedemikian dalam surat yang diutus kepada Abdul Hadi menerusi Pesuruhjaya PAS Selangor itu.
Antara inti pati surat berkenaan adalah Sultan Sharafuddin menyifatkan Abdul Hadi tidak membaca secara menyeluruh dan mendalam titah ucapan baginda semasa Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) pada 15 Februari lalu.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai