Artikel ini sudah 7 bulan diterbitkan
Kanak-kanak hilang di Sungai Kuala Sat ditemukan lemas
Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang di Sungai Kuala Sat, Ulu Tembeling di Jerantut, semalam, ditemukan lemas.
Ketua Polis Daerah Jerantut, Supt Azman Mat Kamis berkata mayat mangsa, Ali Mustaqim Rizman, ditemukan pada jam 3.05 petang semalam pada kedalaman 18 meter dan kira-kira 20 meter dari lokasi mangsa dilaporkan dihanyutkan oleh arus deras.
"Mangsa ke sungai itu bersama lima rakannya untuk mandi pada jam 3.20 petang semalam sebelum dia dikatakan menjerit meminta tolong sekitar 20 minit kemudian," katanya menerusi kenyataan.
Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Jerantut dan bedah siasat mengesahkan kematian anak bongsu daripada dua beradik itu adalah akibat lemas.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai