Artikel ini sudah 9 bulan diterbitkan
Rafizi dirawat di hospital, terima kunjungan Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi Menteri Ekonomi Rafizi Ramli yang sedang dirawat di hospital.
Dalam perkongsian menerusi laman Facebook dan X hari ini, perdana menteri mendoakan ahli parlimen Pandan itu diberikan kesembuhan segera.
"Berkesempatan ziarah Menteri Ekonomi, saudara Rafizi Ramli yang sedang dirawat di hospital.
"Alhamdulillah keadaannya bertambah baik. Mendoakan saudara Rafizi diberikan afiyah sesegera mungkin, insya-Allah," katanya.
Anwar bagaimanapun tidak menyatakan tarikh dan waktu serta hospital Rafizi dirawat.
Pada Oktober tahun lepas media melaporkan Rafizi mengalami serangan jantung dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan kemudiannya dilaporkan stabil.
-Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai