Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 8 bulan diterbitkan

NGO gagal dalam rayuan cabar pembangunan di Bukit Cherakah

Dua kumpulan alam sekitar gagal dalam rayuan mereka untuk mendapatkan kebenaran mahkamah untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman bagi mencabar tindakan kerajaan negeri Selangor untuk menyahwartakan Bukit Cherakah sebagai sebuah hutan simpan.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh Azizah Nawawi menafikan rayuan Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (Peka) dan Persatuan Hutan Komuniti Shah Alam (SACF) untuk memulakan cabaran terhadap keputusan kerajaan negeri Selangor untuk mengurangkan sebahagian daripada hutan simpan berkenaan. 

Hakim Azizah Nawawi yang mengetuai panel tiga hakim termasuk beliau, Azimah Omar dan Wong Kian Kheong  berkata mereka memutuskan bahawa semakan kehakiman difailkan di luar masa kerana keputusan dasar dibuat pada 20 Nov 2000.

Menurutnya, kedua-dua kumpulan itu gagal memfailkan cabaran dalam tempoh tiga bulan selepas keputusan itu.

Peka dan SACF memohon kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Pengarah Jabatan Perhutanan negeri dan Pejabat Daerah dan Tanah Petaling pada 5 Mei tahun lepas untuk menyahwartakan   406.22 hektar hutan simpan Bukit Cherakah.

Kedua-dua NGO itu mendakwa adalah menyalahi undang-undang untuk Kerajaan Negeri Selangor mengundurkan tarikh sesuatu warta, memaklumkan satu keputusan telah dibuat ke atas penyahwartaan itu pada 20 Nov 2020.

Mereka menamakan Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor,  Pengarah Jabatan Perhutanan Selangor,  Pejabat Daerah dan Tanah Petaling, YCH Development Sdn Bhd, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor and Restu Mantap Sdn Bhd selaku responden dalam semakan kehakiman itu.

[Baca berita penuh]