Polis KL terima laporan terhadap Badrul Hisham
Ketua Polis Kuala Lumpur Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid mengesahkan pihaknya menerima laporan berkaitan dakwaan oleh Chegu Bard bahawa tiga wakil Perikatan Nasional (PN) telah dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.
Beliau berkata kes itu akan disiasat dan dikendali oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.
Allaudeen berkata demikian kepada Bernama mengenai laporan polis yang dibuat oleh seorang individu di Balai Polis Travers semalam terhadap Chegu Bard, atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shahrin.
Kenyataan Chegu Bard didakwa dibuat dalam sebuah video berdurasi 52 saat yang disiarkan menerusi aplikasi TikTok bernama “Alias Official.”
Laporan itu seterusnya menafikan dakwaan Chegu Bard dan menyifatkan ia sebagai kenyataan tidak tepat serta meminta pihak polis mengambil tindakan lanjut.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai