Pengarah, penerbit Mentega Terbang cabar perintah tegah bersuara
Pengarah dan penerbit filem Mentega Terbang yang diharamkan telah memfailkan cabaran terhadap perintah ‘gag’ (arahan tegahan daripada membuat kenyataan) yang dikeluarkan mahkamah majistret terhadap mereka yang dikaitkan dengan kes jenayah yang sedang berjalan.
Mohd Khairianwar Jailani dan Tan Meng Kheng memfailkan permohonan semakan itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.
Dua hari lalu di hadapan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, kedua-dua mereka dibicarakan atas pertuduhan menyakiti perasaan agama orang lain, melalui penglibatan mereka dalam pembikinan filem kontroversi itu.
Majistret membenarkan kedua-dua tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin.
Bagaimanapun, mahkamah juga membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk mendapatkan perintah tegahan terhadap kedua-dua tertuduh daripada membuat kenyataan awam mengenai kes itu, sementara menunggu pelupusan kes mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan.
Peguam kedua-dua mereka Zaid Malek (gambar atas) mengesahkan pemfailan permohonan semakan itu, sambil menambah perkara itu telah ditetapkan untuk dibicarakan di hadapan Mahkamah Tinggi pada Rabu minggu depan.
“Semakan itu bertujuan mencabar keputusan (dua) majistret (disebabkan Khairianwar dan Tan yang didakwa di dua mahkamah majistret berasingan) bagi perintah gag yang dikeluarkan terhadap mereka daripada membincangkan atau membuat ulasan mengenai kes itu kepada media dan orang ramai," katanya pada satu kenyataan.
Zaid juga berkata antara sebab yang disebut untuk cabaran itu ialah perintah gag menyalahi undang-undang dan melanggar kebebasan asas bersuara.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai