'Jabatan Tenaga Kerja perlu main peranan isu pekerja asing terkandas'
Majlis Peguam menggesa Jabatan Tenaga Kerja mengambil tanggungjawab dan langkah proaktif berhubung isu tuntutan gaji oleh pekerja asing yang terkandas di negara ini.
Pengerusi bersama Jawatankuasa Hal Ehwal Migran, Pelarian dan Imigresen Majlis Peguam, M Ramachelvam berkata pegawai jabatan itu perlu menyediakan penterjemah kepada pekerja untuk memastikan mereka mendapat tuntutan mereka.
"Jabatan Tenaga Kerja perlu meningkatkan peranannya dengan berkesan," kata Ramachelvam.
Dia turut menyambut baik amaran Menteri Sumber Manusia, Steven Sim kepada majikan baru-baru agar gaji pekerja mereka dibayar tanpa mengira sama ada mereka bekerja atau sebaliknya.
Ramachelvam berkata jabatan itu tidak seharusnya hanya menangani isu penginapan di bawah Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja.
"Setiap kali mereka menemui kes- kes ini, pelanggaran di bawah Akta 446 ditangani tetapi gaji tidak, dan kebanyakan pekerja yang tidak mempunyai NGO yang membantu mereka tidak sedar mereka boleh menuntut gaji mereka yang tidak dibayar atau bagaimana untuk berbuat demikian," katanya kepada Malaysiakini.
Sepanjang tahun lepas, laporan berita mendedahkan kes pendatang yang terkandas tanpa pekerjaan di seluruh Malaysia walaupun dibawa masuk ke negara ini secara sah.
Antaranya membabitkan ratusan pekerja yang dibawa masuk menggunakan dokumen palsu dan tidak mempunyai pekerjaan selama berbulan-bulan.
Skandal penipuan kuota yang dilaporkan oleh Malaysiakini juga mendedahkan bahawa pekerja-pekerja ini tidak dibayar dan hampir tidak cukup makan yang mendorong pertubuhan kebajikan untuk campur tangan dan memberikan bantuan.
Pekerja yang ditipu memberitahu Malaysiakini bahawa Jabatan Tenaga Kerja menyedari perkara itu dan sedang giat mendapatkan pekerjaan untuk mereka.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai