Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 10 bulan diterbitkan

Berita terhangat 2023 - pilihan pembaca Malaysiakini

UNDIAN | Sudah menjadi tradisi bagi setiap penghujung Disember, pembaca Malaysiakini berpeluang memilih berita terhangat pada tahun ini.

Seramai 655 pembaca telah mengambil bahagian dalam tinjauan tahun ini.

Mereka mengundi dengan memasukkan markah pada setiap 25 berita yang dipilih oleh Malaysiakini - daripada 0 (terendah) kepada 10 undian (tertinggi).

Berikut ialah berita terhangat 2023, seperti yang ditentukan oleh anda…


25. Agus letak jawatan J-kom, dakwa video dimanipulasi


24. Rombakan kabinet melibatkan penyingkiran Sivakumar


23. Jabatan agama Islam Johor tubuhkan pusat pemulihan LGBT


22. Kontroversi konsert: Good Vibes, Coldplay, Stars On Fire


21. Kehilangan dan kematian Zayn Rayyan


20. Sirul pembunuh yang disabitkan hukuman mati, dilepaskan di Australia


19. Lima MP Bersatu ikrar sokong Anwar


18. Pertikaian berhubung isu 40 hadis di sekolah


17. SPRM tangkap pembantu menteri sumber manusia


16. Rang Undang-undang GEG gagal, kanak-kanak terdedah pada vape


15. Keputusan enam pilihan raya negeri


14. Hukuman mati mandatori dipinda, cubaan bunuh diri bukan jenayah


13. Laporan Tragedi Double Six dikeluarkan selepas 47 tahun


12. Tragedi pesawat terhempas di Elmina ragut 10 nyawa


11. Konflik Gaza mencetuskan perhimpunan, boikot


10. Syed Saddiq dijatuhi hukuman penjara 7 tahun


9. Michelle Yeoh menang Oscar Pelakon Wanita Terbaik


8. Loh Siew Hong gagal batal penukaran agama sepihak anak-anak


7. Sanusi dan Tiong bertikam lidah mengenai kod berpakaian di Langkawi


6. MP PAS Siti Mastura dakwa pemimpin DAP ada pertalian darah dengan Chin Peng


5. Atlet gimnastik wanita Terengganu dihalang, beralih kepada wushu


4. Ringgit jatuh ke paras terendah 25 tahun berbanding dolar AS


3. Jam Swatch dan buku dirampas kerana kandungan atau simbolisme LGBT


2. Kejatuhan MyAirline


1. Zahid diberikan DNAA bagi 47 tuduhan rasuah